Friday, June 11, 2010

HER BLOG LISTS

Senarai blog yang dia ikuti banyak. Pastinya akan bertambah lagi banyak lepas ni.
Shrinking space, shrinking time - gambaran dunia siber. Banyak yang ditemui, banyak yang boleh dijadikan pedoman dan inspirasi. Tak kenal secara realiti, tapi dekat di hati di dunia maya.
Dia selalu melompat dari 1 blog ke 1 blog, kemudian terpaut dengan keistimewaan tersendiri setiap blog.

Ada antara bloggers, dia jumpa pula di facebook. Dia jadikan kawan. Setakat ini alhamdulillah mereka sudi menerima salam persahabatan daripadanya. Ada juga yang tiba-tiba hilang daripada list. Segan untuk send balik request , khuatir hilang bukan kerana masalah teknikal facebook tetapi bimbang kot-kot dia tidak layak untuk dijadikan their facebook friends (call it negative thinking if you like, but she prefers to call it respect of individual's right to befriend with whom he/she likes).

Kalau ikutkan hati, her blog lists would be endless, hampir semua nak dimasukkan. Macam lah banyak sangat masa untuk follow...

Ini antara blog yg dimasukkan dalam lists (nombor bukan menggambarkan kedudukan dalam carta):

  1. One Breast Bouncing. Tak keterlaluan kalau dia katakan blog ini paling acap dia jenguk. If she remembers it correctly, she came across the blog via pakpayne's blog. Pada awalnya dia ignore, thot it's one of the porn sites. Dia terbayang siri Baywatch, tanpa menyedari ada maksud lain di sebalik blog's title. Maaf Kak Dalilah, for her buruk sangka. She learned a lesson - not to quickly jump into conclusion. Tidak boleh mudah bersangka buruk, hanya dengan sekilas pandangan mata. Tak sangka, this blog inspires her a lot. Ia bukan sekadar memoir tentang seorang kanser survivor. Tetapi lebih daripada itu. Tersirat dalam tulisan Kak Dalilah, tentang hubungan hamba dengan Penciptanya, tentang hikmah di sebalik ujian, tentang kasih sayang dan rahmat Allah, tentang reda, sabar, usaha, tawakal.. Tentang semangat dan resiliensi.. Banyak manfaat dia dapat dari blog ni.
  2. Dapur Tanpa Sempadan. Blog masak2. Terpaut dengan Che Mat Gebu yang sangat rajin ke dapur. Hehehe..Jangan salah sangka. Dia cuma kagum dengan kepandaian Che Mat memasak. Sebagai cabaran untuk perempuan seperti dia yang tidak hebat di dapur. Tambah pulak Che Mat membuka mindanya untuk menghargai pinggan mangkuk klasik. Lihat Mat Gebu Antique Corner. Kalau sebelum ini, pinggan mangkuk bunga kangkung dipadang sebelah mata. Malah di tempatnya dianggap lambang orang kampung miskin, Che Mat telah berjaya menjadikan pinggan2 tu tampak eksklusif dan mahal. Menyesal kalau pinggan2 pusaka dah diberi kepada orang lain kerana rumah pusaka dah tak ada ruang untuk store pinggan mangkuk lama.
  3. Big But Beautiful. Yang ni agak unik. Dia selalunya tidak suka membaca ruang gossip artis. Tapi entah kenapa suatu hari dia tersangat bosan. Tiba2 terjumpa thread gossip tentang artis Rima Rashidi dalam 1 forum terkenal di Malaysia. Tuan topik rupanya ambik gambar2 yang dijadikan bahan gosip daripada blog peribadi Rima. Rupanya Rima juga member forum tersebut. Apa lagi, Rima bagi ultimatum: mintak mereka minta maaf atau kena saman. Tak sangka pulak dia kemudiannya terpaut dengan blog Rima. Terutamanya tentang kisah kesabaran dan kebijaksanaan penulis blog menghadapi 'MP'nya yang bersifat baran dan ego. Ia mengubah persepsinya tentang artis Malaysia yang asyik nikah cerai. Her 1st impression tentang Rima - dia seorang yang tegas dan berprinsip. That's why dia kagum apabila orang yang berkarekter seperti itu mampu mengawal sabar dan faham tentang kedudukan isteri dalam sebuah rumahtangga. Rima juga tidak sebarangan memperihalkan kisah rumahtangganya. Cuma diselit sepintas lalu. Selain daripada itu, blog Rima juga blog makan2 dan blog masak2. Kalau tengok cara Rima masak, (simple, cepat dan look delicious); pada saya tidak ada alasan untuk perempuan2 menggunakan alasan tiada masa atau malas untuk memasak.
  4. Kitchen Guardian. Lagi blog masak2. Keknya cantik2. Kagum dengan Yani, pemilik blog, dalam kesibukan sebagai legal counsel, anak agak ramai; tapi masih sempat masak. Ini yang dia namakan cook with love. Yani tak lokek untuk share resipi walaupun dia ambil tempahan. Juga rajin belajar seni kulinari ni dengan pakar2. Oh, so inspiring.. Tidak ada alasan untuk dia bermalas-malasan. Nak tau, dia jumpa blog ni via Yani's husband's blog: Dad of Four plus One. Dia memang suka baca tulisan2 lelaki yang suka menulis tentang famili. Kagum dengan sifat cinta keluarga yang ada pada mereka. Ada kalanya Mr Haq Ahmad menceritakan tentang hobi isterinya yang suka masak, akhirnya membawa dia ke Kitchen Guardian. Unfortunately, Mr Haq dah lama tak menulis.
  5. The Wonder Years. Asalnya blog Mak Andeh (dah diprivatekan). Dia tak pernah ikut walaupun pernah terjumpa pautan ke blog tersebut. Sewaktu dia frequently mengikuti blog pak payne(sayangnya blog pak payne pun dah private), dia terklik blog Ma and Brood. Sekali baca terus jatuh cinta. Blog tentang kehebatan seorang ibu tunggal, berusaha juggling between anak2 and career. Dia kagum dengan wanita2 seperti ini. Diaa mendapat banyak inspirasi dan belajar tentang pendidikan anak2 melalui blog ni. Dan apabila Ma membuat keputusan untuk menjadikan blog Ma and Brood private, dia frust. Rugi apabila tak sempat nak copy benda2 yang useful untuk dijadikan koleksi panduan dan pedoman hidup. Alhamdulillah, tahun ini bila blog hopping dia jumpa blog The Wonder Years. Syukur, Ma masih berblog.
  6. Garden in Heaven. The blogger's name is Raudhah. Tak sukar untuk menelah kenapa title Garden in Heaven yang dipilih. Dia terjumpa pautan ke blog ni via Mulan's blog. Mulan ni antara blogger yang dikenali di dunia blog. Blog Garden in Heaven ada nilai kekeluargaan yang utuh. Dia suka tulisan Raudhah tentang arwah ibunya dan kekagumannya terhadap ayahnya seorang berpangkat tinggi dalam tentera. Anak ayah. Kesempatannya berada di luar negara juga dikongsi dalam blog ni. Dan ini juga blog org yang suka dok dapur. Tempting je tengok brownies kat blog ni. Wish pemilik blog boleh sertakan resipi2 masakan dalam postingnya. Pemilik blog ni juga seorang ibu tunggal. Entah kenapa, dia mudah tersangkut dengan blog single parent. Menjadi inspirasi untuk kuat semangat, tabah dan survival. Bukan berserah meratap kepada kedukaan dan kesedihan.
  7. Petite n Powerful. Blog ni dan Pause to Reflect dia jumpa via My Monologues (the blog has been concluded after 2yrs, 2 months n 2 weeks. Antara blog yang dia terasa kehilangan apabila penulis mengambil kesempatan untuk tidak lagi menulis). Ketiga2 pemilik blog kehilangan suami tercinta apabila dijemput mengadap Ilahi pada usia muda. Blog mereka tempat meluahkan rasa kehilangan the other half, sendiri melalui kehidupan membesarkan anak2. Pada kisah hidup mereka, dia belajar tentang blessing in disguise. Tentang Allah tidak membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung. Tentang setiap kita ada ujian tersendiri dalam hidup. Ada yang kematian suami waktu masih muda, ada yang bercerai, ada yang masih belum bersuami, ada yang diuji dengan penyakit, ada yang diuji dengan anak-anak. Even pretty girls cry at night. Kita selalu melihat dan envy dengan kebahagiaan orang lain tanpa kita mengetahui mereka juga ada penderitaan dalam hidup. Kita selalu mengeluh dengan kekurangan atau kesusahan kita sedangkan ujian yang dilalui orang lain lagi hebat dari penderitaan kita.
Terpaksa berhenti dulu. Dah panjang dia menulis. Kalau ada kesempatan masa dan ilham, dia akan sambung lagi.

No comments:

Post a Comment