Friday, June 11, 2010

BUAH: SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS MAKAN?



Kebiasaannya kita makan buah sebagai pencuci mulut. Makan buah SELEPAS makan nasi.
Rupa-rupanya selama ini kita buat amalan terbalik.
Sepatutnya kita makan buah SEBELUM makan nasi. Bukan semasa, bukan selepas.

1. Fruits contain simple sugar that don't require hours to be digested Biasanya dalam 1/2 jam dah hadam. Sebab tu buah tidak boleh dikombinasi dengan protein ataupun karbohidrat. Protein dan karbohidrat pula aambil masa yang lama untuk proses penghadaman. Kalau makan buah semasa atau selepas makan, buah akan dok peram lama dalam perut sebab enzim tu tak boleh nak pass through. No wonder ada orang yang rasa perut kurang selesa bila makan buah. Dah tu salahkan pula buah2 tertentu sebagai penyebab badan berangin, walhal sebab sebenar adalah salah timing.

2. Ideally, we should consume fruits on an empty stomach. Supaya kandungan gula dalam darah seimbang, proses penghadaman lancar dan paling penting segala macam zat dalam buah-buah dapat diserap oleh tubuh kita.

3. Lagi bagus kalau tak campurkan jenis2 buah masam dengan buah manis. Have only one variety at one time. Kalau ikutkan fakta ni, bermakna fruit salad kurang sesuai untuk dimakan.

4. Buah biasanya tak cukup mengenyangkan untuk perut yang biasa makan nasi. Walhal sebelum manusia pandai bercucuk tanam jagug, padi, kacang, gandum, mereka bergantung kepada buah-buahan di hutan sebagai makanan ruji. Orang yang konsisten dan disiplin mengamalkan diet, boleh je makan buah for lunch or dinner. Untuk yang tak tahan lapar tanpa makan makanan lain, no problem. Since buah-buahan cepat hadam, agak2 senggang 30 minit, makanlah pulak nasi atau mi rebus..:)

5. Seelok-eloknya mulakan pagi kita dengan makan buah. Supaya badan dapat natural sugar dan sebagai warm up kepada sistem pencernaan kita. Tak le perut terkejut, apabila pagi2 terus kena kerja keras nak hadamkan nasi lemak dan roti canai.

1 comment: