Thursday, July 22, 2010

DARI-NYA KITA DATANG KEPADA-NYA KITA PERGI

19 Julai 2010, Raden Galoh, yang blognya kerap saya kunjungi telah selamat kembali ke rahmatullah. Dia ikon bagi pesakit2 kanser. Juga pencetus semangat dan inspirasi untuk orang2 yang mengenalinya di alam realiti, mahupun di alam maya. Melalui arwah, kita belajar melihat ujian kesakitan dari perspektif berbeza . Penyakit bukan sebagai penderitaan, tapi ujian yang padanya ada rahmah dan hikmah.. Syaratnya mesti redha dan sabar dengan qadha ketentuanNya.

Semoga arwah dilimpahi rahmat dan keampunan; kehidupannya di alam barzakh bagai di perkebunan jannah.. AL-FATIHAH